Bagaimana teknologi mempengaruhi kehidupan kita?

Cara masyarakat mendapat informasi dahulu ialah media cetak, kini media elektronik (tv,radio,video,dll). Jangkauan audiens lebih luas dan maklumat juga lebih banyak dan teratur. Penggunaan media baru seperti media baru seperti internet, mempelbagaikan hubungan antara manusia di seluruh pelosok dunia.

Masyarakat moden ialah masyarakat yang berpengetahuan luas dalam pelbagai cabang ilmu. Informasi yang ingin diketahui kini berada di hujung jari kita, oleh yang demikian perkembangan internet dikaitkan dengan dunia baru tanpa sempadan (Globalisasi).
Kerajaan Malaysia memaksimakan penggunaan ICT di sekolah, jabatan kerajaan dan juga telah melancarkan e-kerajaan untuk kemudahan masyarakat moden yang kini sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa membayar saman/ memperbaharui lesen.

Teknologi telepembelian menggunakan telefon,email,faks dan internet yang mentransaksi maklumat peribadi dengan selamat menjadikan pembelian/pembayaran secara online meningkat. Contoh, e-bay, amazon,dll. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi mengubah gaya hidup kita.

Ahli-ahli kaji masyarakat mengatakan sains dan teknologi mengakibatkan keruntuhan akhlak dan budaya hidup bebas. Adakah ini benar-benar disebabkan oleh perkembangan sains dan teknologi?? Ulasan-ulasan mereka ialah media massa dan elektronik yang mengandungi bahan-bahan lucah,ganas,dsb. Mempengaruhi kehidupan masyarakat yang membawa kita kepada arah melupakan agama, nilai-nilai murni yang sepatutnya diamalkan.

Akan tetapi, perkembangan dalam bidang teknologi tidak boleh dinafikan membawa banyak faedah kepada masyarakat contohnya, mengurangkan karenah birokrasi, memperluaskan pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu, interaksi dengan mereka yang berlainan budaya, agama, bangsa dan banyak lagi kelebihan.

Kesimpulannya, didapati kebaikan melebihi keburukan oleh itu, bidang sains dan teknologi mesti dipertingkatkan lagi untuk keperluan sejagat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: